THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday 5 April 2009

Puteri Santubong & Puteri Sejinjang

Gunung Santubong - seperti orang baring mengiring


Pada zaman dahulukala, sebelum terciptanya kipas.. satu lagenda telah wujud dalam catatan mitos… bermulanya lagenda tersebut di alam kayangan…



Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang adalah sahabat karib dari mereka kecil sampailah dewasa.. tak pernah berpisah atau berselisih pendapat pun adanya mereka berdua ni…kasih sayang umpama adik beradik yg tak dapat dipisahkan…



Suatu hari dewa kayangan mengarahkan agar Puteri Santubong turun ke bumi di bumi Sarawak untuk menjaga segala alam di bumi Sarawak tersebut… (kalo korg kenal Ratu Balqis dan Raja Sulaiman ala2 gitula si Puteri Santubong ni)… maka bersedihlaa dua sahabat tersebut kerana terpaksa berpisah… bertangis tangisanlaaa dua puteri ni… tapi mereka tak dapat membantah titah dewa kayangan…



Sepeninggalan Puteri Santubong ke bumi Sarawak, Puteri Sejinjang jatuh gering akibat selalu merindui Puteri Santubong… melihatkan keadaan Puteri Sejijang sedemikian rupa maka dewa kayangan pun membenarkan Puteri Sejinjang turun ke bumi mengikut Puteri Santubong dan menjaga bumi sarawak bersama Puteri Santubong…


Tatkala sampai sahaja Puteri Sejinjang ke bumi Sarawak… maka dia diarak ke istana Puteri Santubong oleh rakyat jelata dan segala hidupan yg berada dlm kekuasaan Puteri Santubong… teramat kagumlah Puteri Sejinjang dengan kekuasaan Puteri Santubong kerana mempunyai pemerintahan yang begitu agung pada pandangannya.. timbullah sedikit rasa iri hati dan cemburu pada Puteri Sejinjang akan kehidupan Puteri Santubong… Puteri Sejinjang membayangkan bahawa Puteri Santubong akan menjadi bongkak dgn apa yg dia ada dan lupa akan persahabatan mereka.


Sampai sahaja Puteri Sejinjang ke istana Puteri Santubong, telah menanti la Puteri Santubong dengan meriahnya di muka pintu istana untuk menyambut kedatangan Puteri Sejinjang. Dengan layanan yang terbaik dan kerinduan yang mendalam di hati kedua puteri maka Puteri Sejijang sedar bahawa Puteri Santubong tidak pernah berubah hati atau bongkak dengan kedudukan yang dia ada dan masih seperti dahulu… maka senangla hati Puteri Sejinjang dan segala rasa iri dan cemburu lenyap di hatinya…


Atas arahan dewa kayangan pemerintahan gunung ganang dan semesta alam di bumi Sarawak dibahagi kepada dua jajahan… satu jajahan Puteri Santubong dan satu lagi milik Puteri Sejinjang… (ala2 Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Dewan Bandaraya Kuching Selatan laa…) maka berjalanlah pemerintahan dua puteri..


Selama tiga mlm berturut Putera Serapi bermimpikan seorg puteri yg teramat cantiklaa paras rupanya tiada terbanding… nekad la sang putera utk mencari siapakah gerangan puteri tersebut…



dalam pencariannya maka bertemula dia dengan Puteri Sejinjang yang tidak kurang elok paras rupanya… tetapi dia pasti ini bukanlaa puteri impian dia… walau dalam hatinya mengakui bahawa itu bukanlah puteri dalam pencarian nya tetapi Putera Serapi tetap bersama dengan Puteri Sejinjang dan berkasih kasihan dengannya… hidup berbahagialaa pasangan merpati dua sejoli ni..dalam mereka sedang bekasihan…



berceritala putera Serapi kepada Puteri Sejinjang akan mimpi nya yg membawa dia kepada Puteri Sejinjang… dan Putera Serapi juga mengaku bahawa Puteri Sejinjang bukan puteri dalam mimpinya…t etapi hati tetap terpaut dan kasih bertaut… bila sahaja Puteri Sejinjang mendengar pengakuan tersebut maka bertambah tambah marah dan cemburunya kepada Puteri Santubong kerana firasat nya kuat mengatakan puteri yg muncul dlm mimpi Putera Serapi adalah Puteri Santubong..


Dalam kemarahan dan cemburu yg teramat maka Puteri Sejijnjang menjemput Puteri Santubong ke istananya untuk majlis makan malam.. ini untuk memastikan adakah firasatnya betul dan ingin melihat adakah Puteri Santubong dan Putera Serapi sanggup mengkhianati kasih sayangnya dan persahabatannya… datangla Puteri Santubong dengan membawa pelbagai hadiah ke istana Puteri Sejinjang dek kerana sudah lama tidak bersua dan begitu busy dengan pemerintahan masing2…


tiba2 mata bertentang mata..dan hati berkata kata di antara Putera Serapi dan Puteri Santubong… cinta mula berputik di hati Puteri Santubong tatkala terpandang Putera Serapi… rupa rupanya Puteri Santubong juga pernah bermimpikan putera Serapi sebagai jodohnya yang telah ditetapkan oleh dewa kayangan untuknya… dan Putera Serapi amat pastilah bahawa Puteri Santubong adalah Puteri impiannya.. maka berkatala putera Serapi kepada Puteri Sejinjang bahawa itulah puteri di dalam mimpinya dan dia seharusnya bersama dengan Puteri Santubong…



Dengan pengakuan yang sama dari Puteri Santubong menyebabkan hati Puteri Sejinjang menjadi remuk dan sedih… dalam keadaan yang terlalu sakit hati dan marah.. Puteri Sejinjang menghalau merka berdua dari istana…


Hidupla Putera Serapi dan Puteri Santubong berkasih kasihan di istana Puteri Santubong.. sedangkan di hati Puteri Sejinjang penuh benci dan dendam…s uatu hari Puteri Santubong menerima hadiah daripada Puteri Sejinjang… maka gembirala hati Puteri Santubong kerana menyangka Puteri Sejinjang telah memaafkannya… apabila dia membuka hadiah tersebut maka terkejut dan marah adanya dia kerana Puteri Sejinjang menghantar hadiah berupa kepala babi hutan seolah olah mengejek bahawa rupa Puteri Santubong bersamaan dengan babi hutan.


maka bermulanya perkelahian dua puteri yang bermaki maki antara satu sama lain dan menggunakan kuasa ghaib mengenakan antara satu sama lain… dibaling oleh Puteri Sejinjang alu yang digunakan olehnya menenun kain kearah Puteri Santubong sehingga meninggalkan kesan lekuk dipipi Puteri Santubong… Puteri Santubong membalas juga dengan membaling batang belidak yang digunakan untuk menumbuk padi menyebabkan kepala Puteri Sejinjang putus dan berterabur menjadi Pulau Kera..(ada pulau tu di Kuching…)


Dewa kayangan begitu murka melihat semua itu dan menyumpah ketiga tiga mereka menjadi gunung ganang di sarawak..maka wujudlah gunung yang kita leh lihat sehingga hari ini…



Gunung Sejinjang yang landai di puncak.. kerana kepala telah putus menjadi pulau kera…



Gunung Serapi yang terpisah jauh dari gunung Santubong dan gunung Sejinjang….



dan gunung santubong yang berbentuk perempuan mengandung sedang berbaring…



ada hikayat yang mengatakan Puteri Santubong mengandung semasa sumpahan terjadi…apa apa pun anda semua boleh tengok sendiri rupa bentuk gunung ganang tersebut dan nilaikan sendiri.


moral of the story..ni yang aku nak point kan sampai sanggup menulis panjang lebar psl citer ni…(yang mana telah menyedarkan aku dari perasaan amarah aku terhadap sesorg…


jangan disebabkan sorg jantan, persahabatan yang dibina bertahun tahun.. kepercayaan dan kasih sayang yang dikongsi bersama boleh dimusnahkan begitu sahaja.. jangan kerana nafsu atau cinta terhadap orang yg baru kita kenal dan tidak pernah kita kongsi nilai dan erti sebenar sebuah persahabatan kita korbankan sebuah persahabatan yg kita tahu bukan senang nak kita wujudkan dan teruskan sebenarnya… satu pengorbanan yang tidak berbaloi..
bila kita rasa dikhianati maka fikirkan kembali saat saat kita dgn sahabat kita melalui susah senang bersama… ada hikmah sumer benda ni terjadi.. plg penting jgn anggap kekecewaan, kesedihan, kekalahan kita merupa satu pengakhiran..anggap semua ni adalah fasa pembelajaran..yang suatu hari nanti aku pasti ia menjadi perisai korg menghadapi cabaran di masa hadapan… dan pada masa tu baru korg akan sedar setelah byk halangan dan cabaran korg lalui korg lebih mahir menanggani masalah yg mendatang…and u’ll be more successful than u ever think u can be…


aku tak nak jadi Puteri Sejinjang yang mengikut rasa amarah dan benci sehingga sanggup menghina dan menyakiti sahabat sendiri.. walaupon marah dia bersebab.. aku juga tak nak jadi Puteri Santubong yang tidak memikirkan perasaan sahabat dan meneruskan perhubungan yang dia tahu akan membuatkan dia kehilangan kawan.. kedua dua puteri ni kalah dengan perasaan sendiri…


sesungguhnya aku benci Putera Serapi yang menyebabkan kehidupan dua org perempuan yang sememangnya kalah dengan perasaan menjadi hancur dan kucar kacir sehingga sanggup berbunuhan sesama sendiri… padan muka ko kena sumpah skali…


bagi aku mitos ni merendahkan martabat wanita kerana sanggup berbunuhan demi sorg jantan… sorry to say laa.. sama jer dgn kisah jebat yg menderhaka kerana ingin membalas dendam atas kematian tuah tetapi akhirnya mati dibunuh oleh tuah yang taat membabi buta kepada sultan… sumer kisah kisah ni menghina erti persahabatan dalam dunia ni… dan aku tak nak idup dalam lagenda mitos seperti ini..


Sesungguh orang tua tua zaman dahulu mewujudkan mitos sebegini untuk mengajar org2 muda.. memberikan pedoman dan pengajaran secara bercerita…begitu indah lagenda yg mereka wujudkan sampai bentuk gunung pun ada cerita…

0 comments: